
Merokok adalah satu tabiat atau amalan yang tidak sihat tetapi sudah menjadi ‘cara hidup’ manusia sejak turun temurun. Merokok walaupun membahayakan kesihatan tetapi ianya terbukti hanya akan memberi impak buruk dalam satu tempoh masa yang lama.
Ramai yang ingin berhenti merokok tetapi sering gagal kerana ketagihan terutama sekali selepas makan atau ketika stress. Ada yang berjaya berhenti merokok setelah mendapat ‘akibat’ daripada ‘racun’ yang terkandung dalam rokok tersebut.
Ketahui 5 tips berhenti merokok tetapi berkesan:
1.Tekad yang kuat
Tekad atau semangat yang padu dalam diri seseorang amat penting untuk berhenti merokok. Mulakan dengan mencari alasan seperti kesihatan, kewangan dan peribadi anda sendiri. Mencari sebab untuk berhenti merokok dengan jelas dan kukuh adalah langkah yang amat penting.
Jika anda tidak pasti, tanyalah diri sendiri soalan-soalan seperti: Apa keburukan merokok? apakah akibatnya kepada kesihatan anda dan apa akan terjadi? Realitikan keyakinan anda.
2. Tetapkan langkah-langkah berhenti merokok
Ini satu pelan yang bijak. Dengan hanya langsung berhenti merokok kemungkinan anda gagal. Mulakan dengan mengawal nafsu rokok anda atau mengurangkan konsumsi rokok dalam sehari seperti 10 batang kepada 6 batang sehari. Sibukkan diri dengan aktiviti sihat agar isyarat keinginan rokok dalam otak dapat dilupakan.
3. Tetapkan tarikh berhenti merokok
Untuk langsung berhenti merokok, bagi anda yang kuat boleh cuba cara ini. Contohnya tahun baru tahun tanpa rokok dalam hidup anda. Ramai juga yang berjaya, kuatkan tekad agar anda tidak kembali kepada rokok.
4. Gantikan rokok dengan produk nikotin yang lain
Di farmasi terdapat perlbagai produk seperti nicorette gum dan nicorrete patch yang membantu untuk menggantikan nikotin daripada rokok.
Kelebihan produk ini, anda tidak lagi perlu menyedut asap rokok mencemari paru-paru anda sekaligus membuatkan anda lebih sihat. Walaubagaimanapun, produk ini dicipta untuk mereka yang berhenti merokok dan tidak digalakkan penggunaannya melebihi 6 bulan.
Anda perlu mematuhi arahan penggunaan seperti kandungan nikotin dan kekerapan pengambilan dalam sehari. Anda pasti berjaya!
5. Banyakkan pengetahuan tentang penyakit akibat merokok
Wujudkan ketakutan dalam diri tentang penyakit yang akan dihidapi kelak sekiranya anda terus merokok. Anda hanya perlu google penyakit-penyakit ini berserta gambar dan kalau video penyakit yang berkaitan. Anda kena ingat kebanyakan penyakit ini dihidapi bekas perokok! Berhenti merokok sekarang untuk kurangkan risiko.
Sumber: badusinfo
Artikel berkaitan:
6 Tips Membantu Tidur Malam (insomnia)
6 Tips Kuruskan Badan
7 Tips Senaman di Rumah Sempena PKP
Leave a Reply