5 Kejadian Mati Secara Pelik

Dalam banyak ajaran agama dan kepercayaan, kematian adalah sesuatu yang tidak boleh diramal. Bila, di mana dan bagaimana; tiada siapa yang tahu.
Ikuti lima kisah kematian di bawah mungkin antara yang paling pelik (dan mungkin juga ironik) yang pernah berlaku di seluruh dunia.
1. MATI DI MAJLIS PENGEBUMIAN SENDIRI
Image
Ketika Fagilyu Mukhametzyanov bangun di pengebumian dan melihat bahawa mayat itu adalah miliknya, dia mengalami serangan jantung dan meninggal.
Seorang wanita Rusia, Fagilyu Mukhametzyanov disahkan meninggal dunia kerana kegagalan jantung. Namun, dia ‘bangun’ ketika majlis pengebumiannya sedang berjalan. Dia hidup untuk tempoh 10 minit sebelum menghembuskan nafas terakhir. Kali ini, untuk selama-lamanya.
2. MATI KERANA CUBA BUKTIKAN CERMIN TAK BOLEH PECAH
window
glass window
Gary Hoy seorang peguam yang sangat berjaya namun punya kegemaran ‘mengenakan’ pekerja baru. Ketika mengiringi sekumpulan pelatih guaman, Gary bergurau dengan memberitahu satu tingkap di pejabat mereka tidak boleh dipecahkan. Untuk membuktikannya, Gary bertindak menghentam dirinya sendiri ke arah cermin tingkap tersebut. Cermin tersebut pecah dan Gary ‘terhumban’ ke luar tingkap dan meninggal dunia.
3. PENGGEMAR MAKANAN ORGANIK MATI SAKIT JANTUNG
organik
organik
J.I Rodale seorang yang sangat obses dengan produk organik; dari makanan sehinggalah barangan keperluan harian. Malah, dia juga tak percayakan perubatan moden dan tradisional sebaliknya punya alternatif sendiri dengan menggunakan barangan organik. J.I mengakui dia melakukan semua itu kerana mahu hidup sehingga usia 100 tahun. Namun dia meninggal dunia pada usia 72 tahun kerana serangan jantung.
4. JURUTERBANG PELATIH MATI DALAM FLIGHT SIMULATOR
simulator
simulator
Tiga juruterbang pelatih maut ketika sesi latihan dalam flight simulator, apabila sebuah pesawat Beechcraft King Air 200, terhempas di atas bangunan Keselamatan Penerbangan Kansas, yang menempatkan simulator tersebut.
5. MATI TERKENA KEJUTAN ELEKTRIK DALAM PENJARA
headphone
headphone
Lawrence Baker didakwa membunuh, namun dia terselamat daripada hukuman mati. Sebaliknya dia dipenjara seumur hidup. Satu hari, dia menggunakan tandas dan membawa fon kepala kerana sedang mendengar lagu. Aliran elektrik dari fon berkenaan dikatakan mengalir dan menyebabkan litar pintas pada tandas jenis duduk itu, dan Lawrence mati akibat terkena kejutan elektrik.
Pesanan admin: Mati bukan sebab umur
Kematian Itu Pasti
Sumber & kredit: Astro Awani
About admin 1105 Articles
Informasi, Fakta, Perkongsian Bermanfaat, Sejarah, Sukan dan Tidak Ketinggalan Berita Viral dan Hiburan

Be the first to comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: