
Sejumlah 374 kes baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam yang lalu sekali gus menjadikan kes kumulatif ketika ini adalah 15,096 kes.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Sabah kekal menjadi negeri mencatatkan kes tertinggi dengan 277 kes baharu.
“Daripada 374 kes baharu, 372 kes melibatkan penularan tempatan manakala dua kes lagi adalah kes import,” katanya.
Sementara itu dua kes import dilaporkan iaitu pengembara dari Filipina.
Jumlah kes baru di Selangor pula meningkat hampir dua kali ganda berbanding semalam dengan 24 kes.
Turut mencatat kes tiga kes kematian pada hari ini menjadikan jumlah kematian setakat ini kepada 155 kes.
Jumlah pesakit yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) pula adalah 73 orang, meningkat lima orang berbanding semalam.
Daripada jumlah itu, seramai 28 pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan.
Beliau memaklumkan perkara tersebut dalam sidang media harian secara maya dari kediaman beliau yang disiarkan menerusi Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Sumber: Astro Awani & Malaysiakini
Leave a Reply