KPM memutuskan penutupan kesemua sekolah di Sabah susulan mesyuarat khas Majlis Keselamatan Negara Mengenai Pengurusan Covid-19 yang dipengerusikan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.
KPM dalam kenyataannya berkata, murid-murid sekolah berasrama penuh zon merah hendaklah kekal berada di asrama. Tidak terkecuali murid murid yang berada asrama di sekolah zon hijau juga tidak dibenarkan sebarang pergerakan untuk balik ke rumah.
“Pihak sekolah akan menguruskan keselamatan dan kebajikan murid-murid berkenaan di asrama,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Selain itu katanya, pentadbir sekolah diarah memastikan guru-guru serta murid melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di rumah sepanjang tempoh penutupan sekolah.
Menurutnya, manual pengajaran dan pembelajaran di rumah boleh dimuat turun di portal rasmi KPM www.moe.gov.my.
Sumber: mymetro
Leave a Reply