
Sukan ping pong (table tennis) merupakan sukan yang begitu terkenal di negara-negara Asia Timur. Sukan ini juga amat digemari di Malaysia dan seringkali dipertandingkan dalam kejohanan-kejohanan tempatan. berikut adalah 10 fakta menarik sukan ping pong yang ramai tak tahu:
1. Murah
Kos bagi sukan ini sangat murah dari segi sewaan meja dan peralatan bermain seperti bet, bola, net dan aksesori yang lain. Berbanding sukan lain seperti futsal, bola sepak dan badminton, selain harga peralatan yang mahal sewaan gelanggang juga beratus ringgit. Manakala, kos asas bagi sukan ping pong hanya puluhan ringgit sahaja dan boleh bermain di meja sewaan yang murah dan masa yang panjang.
2. Tiada Risiko Kecederaan
Jarang sekali atau hampir tidak pernah kita terbaca berita tentang kecederaan akibat sukan ping pong. Tidak seperti kecederaan bermain bola sepak. Ini kerana sukan indoor ini sangat mustahil untuk cedera kerana pergerakan yang minima dan tidak melibatkan kekuatan dan pergerakan yang maksima.
3. Pertandingan Kategori Kanak-kanak
Satu-satunya sukan yang seringkali dipertandingkan di peringkat umur kanak-kanak. Ini disebabkan sukan ini senang dipelajari dan didedahkan kepada anak-anak bermula dari umur 4 atau 5 tahun bergantung pada saiz fizikal.
4. Sesuai Untuk Semua Peringkat Umur
Daripada umur kanak-kanak yang masih bersekolah tadika atau taska sehingga umur atuk anda selagi badan sihat dan kuat. Hehehe. Jangan hairan sekiranya sukan ini amat digemai oleh warga emas untuk kekal cergas dan sihat.
5. Tidak Memerlukan Ruang Bermain Yang Luas
Anda boleh bermain ping-pong di ruangan sekecil 15 kaki x 10 kaki atau lebih kecil. Selain meja yang boleh dilipat, sebuah meja ping pong kini boleh diletakkan di ruang pejabat untuk riadah selepas habis waktu pejabat! Tidak perlu jogging jauh atau bermain bola padang lagi untuk berpeluh.
6. Kalori dibakar Tanpa Merasa Penat Seperti Bermain Bola
Jika sukan ini sesuai untuk semua peringkat umur, kekuatan fizikal bukanlah faktor utama. Kekuatan tubuh yang minimum dengan pergerakan yang sederhana, kalori anda akan dibakar secara konsisten tanpa merasa penat dengan nafas hampir nak putus.
7. Bola Yang Kecil dan Comel
Mungkin inilah sukan dengan bola yang terkecil di dunia. Main guli bukan sukan ya kawan-kawan. Kalau ada sukan menggunakan bola yang lebih kecil, mohon kongsi ilmu ya!!
8. Bola Yang Ringan dan Tahan Lasak
Jarang sekali bola ping pong rosak atau pecah kecuali terpijak..kemek terus…hahaha..
9. Pakaian Bebas (Tidak Digalakkan)
Kalau Meja ada sebuah di pejabat anda, mungkin boleh terus main dengan baju kemeja dan seluar slack berkasut kulit hitam berkilat. Yela, sukan ni tidak perlu berlari pun. Tapi jangan amalkan ya kawan-kawan. Hehehe.
10. Jalan Jem Selepas Waktu Pejabat??
Salah satu pengisian masa yang bermanfaat selepas habis waktu pejabat. Tidak perlu pergi ke stadium, dewan atau kompleks sukan. Di pejabat ada meja ping pong boleh riadah sambil tunggu jalan lancar untuk pulang ke rumah masing-masing.
Moga bermanfaat.
Sekian.
Video latihan ping pong:
Baca info: Datuk Ellron Angin Menteri Belia dan Sukan Sabah – Bekas Pelari Pecut Negara
Leave a Reply